Isnin, 17 Disember 2018

Umbisi (Minggu 5)

LAPORAN AMALI : ( MINGGU 5 )

·          Tarikh amali        : Minggu 5 (12.10.2018)  
·         Amali                     : Umbisi
·         Tempat                  : Kebun Sayur
· Penunjuk ajar  : Abdul Ghaffar Othman/ Roslin Ismail, Helmi Azro Md. Hassan, Kamarul Zaidi Abd Ghani, Nor Aishah Ismail, Mohd. Faiz Mohd. Shapie, Hafidah Yaakop, Saiyyidina Hamzah Muhammad, Khairul Aslim Abd. Rauf.


  • Pengenalan       :
Penunjuk ajar memperkenalkan maksud umbisi, jenis umbisi dan cara-cara penanaman umbisi. Contoh tumbuhan yang membiak dengan cara umbisi ialah keledek, keladi dan ubi kayu.

Keledek (Ipomea batatas) merupakan tanaman kontan dari keluarga Convolvulaceae yang kaya dengan zat karbohidrat dan vitamin A. Ubi keledek boleh dikenali berdasarkan ciri daun, saiz ubi dan warna ubi seperti oren, ungu dan putih. Ubi keledek boleh dimakan pucuknya selain ubi keledek dihasilkan untuk kerepek, bahan-bahan antibiotik, alcohol dan makanan ternakan ayam dan babi. Contoh ubi keledek adalah ubi keledek Biru Johor, Jepun, Melaka, Mitato, Indonesia, keledek CH Purple, keledek CH Red dan sebagainya.

Keladi (Colocasia esculenta) dari keluarga Araceae adalah sejenis tanaman berubi yang kaya dengan karbohidrat dan zat galian. Keladi paling banyak ditanam di negeri Johor dengan keluasan 420.5 hektar atau lebih kurang 85% daripada jumlah keluasan penanaman keladi di Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih daripada 35 kultivar yang berbeza. Umumnya keladi ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu, keladi jenis “eddoe” dan “dasheen”. Keladi jenis “eddoe” berubi kecil dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorom. Manakala, keladi jenis “dasheen” berubi besar dan dikenali sebagai Colocasia esculenta var. esculenta.

 Ubi kayu (Manihot esculenta) dari keluarga Euphorbiaceae ialah sejenis tanaman akar yang penting di Malaysia kerana kurangnya serangan musuh dan penyakit ke atas ubi kayu dan juga sesuai ditanam dikebanyakan jenis tanah. Ubi kayu terdiri daripada dua jenis iaitu jenis manis seperti batang putih, ubi putih, Medan, Jurai dan Betawi manakala, jenis pahit seperti batang hitam, batang hijau, Black Twig dan C5. Ubi kayu jenis manis mengandungi asid prussic kurang dari 0.017% manakala jenis pahit adalah melebihi 0.017%. Ubi kayu ditanam untuk hasil pucuk atau ubi. Ubi kayu boleh direbus, diproses menjadi kerepek, tapai dan tepung ubi kayu.



  1. Penerangan aktiviti amali yang dijalankan :


1.      Pelajar diberi penerangan jenis tanaman keladi dan ubi kayu yang akan ditanam serta jenis tanah yang sesuai untuk tanaman tersebut.


                                
                             Gambar 2: Penerangan mengenai jenis ubi keledek oleh Encik Eddy

                                                
               Gambar 1: Penerangan mengenai pokok ubi kayu oleh Encik Eddy



2.      Pelajar diminta bergerak ke batas kawasan penanaman keladi.

                           
   Gambar 3: Pelajar bergerak ke batas penanaman pokok keladi dan ubi kayu


3.    Pelajar diberi tunjuk ajar cara penanaman keladi dengan betul. Hanya dua atau tiga sahaja pokok keladi yang ditanam pada satu batas dan sebahagian kawasan batas digunakan untuk tanaman ubi kayu.

                        
           Gambar 4: Penerangan mengenai cara penanaman pokok keladi

4. Pelajar diberi tunjuk ajar mengenai cara penanaman ubi kayu iaitu dengan cara melintang dan condong 45˚

                                
                    
                   Gambar 5: Penerangan mengenai cara penanaman ubi kayu

5.   Pelajar diminta membuat pemerhatian dan penjagaan selepas penanaman keladi dan ubi kayu dilaksanakan. Gambar di bawah menunjukkan ubi kayu dan pokok ubi keladi setelah siap ditanam.

                                Gambar 6: Ubi kayu                        Gambar 7: Ubi keladi

  Carta alir gerak kerja amali :


1.     Cara-cara penanaman pokok keladi :

Memastikan suhu tanah 21˚- 30˚ C dan pH tanah 5.5 – 6.5 seterusnya, keadaan hujan 250 sm setahun serta jenis tanah adalah gambut cetek, tanah gembur dan tanah liat gembur.


Membajak, menggembur dan mengapur tanah. Mengapur hanya dilakukan pada tanah liat jika PH tanah kurang daripada 5.


Membuat batas dan alur dengan menggunakan alat pembuat batas seperti cangkul atau menggunakan mesin pembajak.


Memastikan sulur atau anak pokok berumur lebih kurang 2 bulan dan bergaris pusat 3 sm. Pucuk dipotong dan tinggalkan tangkai sepanjang 30sm.


Menggali lubang untuk anak pokok dan anak pokok ditanam 5 sm kedalam tanah dengan jarak antara barisan sebanyak 120sm dan antara pokok 45 sm.


Membuat pembajaan dengan menggunakan baja Urea  (46%N), TSP (46%P₂O₅) dan MOP (60%K₂O) serta membuat pengawalan terhadap musuh dan penyakit dari masa ke semasa.


Hasil ubi keladi boleh dipungut selepas 7 - 12 bulan ditanam. Di peringkat ini, ubi-ubi telah mencapai saiz yang sesuai di pasaran.



2. cara-cara penanaman ubi kayu :

Memastikan pH tanah 6.0 – 7.5 dan mempunyai saliran yang baik serta jenis tanah adalah gambut, tanah liat pantai atau tanah liat laterit.


Membuat batas dan alur dengan menggunakan alat pembuat batas seperti cangkul atau menggunakan mesin pembajak.


Pembiakan ubi kayu adalah melalui keratan batang dengan panjang 2.5 m tetapi 30 sm bahagian atas dan bawah dibuang sehingga panjang adalah 2 m sahaja dan memiliki 6-7 matatunas.


Keratan batang ubi kayu ditanam dengan dua cara iaitu melintang / baring dan condong 45˚.


Jarak tanaman adalah berdasarkan tahap kesuburan tanah :

         Tanah subur                : 1.2 m × 1.2 m
         Tanah kurang subur    : 0.9 m × 0.9 m
         Tanah sederhana         : 1 m × 1 m – 10,000 pokok/ha

                                                  ↓


Membuat pembajaan selepas 4 minggu dengan menggunakan baja N, P₂O₅, K₂O, MgO. Serta merumput pada minggu ke-3 dan 3 bulan selepasnya. Seterusnya, membuat kawalan penyakit dan musuh dari masa ke semasa.


Hasil ubi kayu dituai selepas 12 bulan ditanam. Cuaca yang sederhana kering dan panas amat baik kerana memudahkan ubi dicabut.




·         Kesimpulan :  
     
     Penanaman umbisi mudah dikendalikan kerana sesuai dengan pelbagai keadaan tanah dan penjagaan yang tidak terlalu cerewet.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan