Tarikh amali: Minggu 9 (9/11/18)
Amali: Cendawan
Penunjuk ajar: 1. Abdul Ghaffar Othman/Roslin Ismail
2.Maininah Tahir
3.Kamarul Zaidi Abd
Ghani
4.Robi Saad
5.Zaliza Mahat
6.Nor Aishah Ismail
7.Hafidah Yaakop
Pengenalan: Amali
penanaman cendawan ini dapat mengetahui kepentingan cendawan kepada manusia
iaitu dalam meningkatkan nutrien yang diperlukan oleh badan, meningkatkan
pendapatan dalam perniagaan cendawan dan juga memberi manfaat dalam bidang
perubatan. Hal ini kerana cendawan dapat meningkatkan imunisasi bagi wanita
untuk lebih awet muda dan bagi lelaki untuk merembeskan hormon kesuburan lelaki
dan kandungan cendawan yang mengandungi vitamin D dapat membantu membina dan mengekalkan tulang
yang sihat. Kajian telah menunjukkan bahawa cendawan dapat mematikan sel kanser
seperti kanser prostat,payu dara dan kolon. Jenis cendawan yang digunakan
adalah cendawan tiram kelabu. Melalui amali ini, Kita dapat mempelajari
langkah-langkah penanaman cendawan tiram kelabu. Penerangan
aktiviti yang dijalankan :
-Taklimat penanaman cendawan tiram kelabu
-Penerangan langkah-langkah membuat membuat media dalam penanaman cendawan
-Penerangan dalam pengukusan bongkah cendawan yang bertujuan membunuh semua organisma dalam campuran media.
-Penerangan tentang penyuntikan benih cendawan yang dilakukan di dalam bilik suntikan untuk memastikan kurang berlakunya kontaminasi. Benih-benih diambil dari botol steril yang telah dipastikan kualiti benih. Benih dimasukkan ke dalam bongkah yang telah dikukus dan disimpan di dalam rumah cendawan.

Carta alir
gerak kerja amali:
Gaulkan
habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.
-Campurkan
air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal dengan 75% kelembapan.
↓
-Campuran
habuk kayu getah dimasukkan ke dalam plastik dan dipadatkan sehingga tingginya
18 cm dan beratnya 1 kg.
↓
-Pasangkan
leher dan tutup ( penutup disumbat dengan sedikit kapas)
↓-Masukkan air dalam tong drum sehingga paras lapik. Susun beg media secara menegak sehingga penuh tong drum. Tutup mulut tong drum dengan lapisan guni gula dan besen aluminium di atasnya. Kukus selama 7 jam. Padamkan api dan dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan.
↓
Menyediakan habuk kayu getah |
Maasukkan habuk kayu,dedak dan kapur |
Penanaman cendawan ini dapat mengetahui langkah-langkah membuat media, pengukusan dan penyuntikan benih cendawan.Penjagaan kebersihan dalam penanaman cendawan ini amat penting untuk menghasilkan kualiti cendawan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan