Sabtu, 22 Disember 2018

Padi (Semaian tikar dan basah) (Minggu 11)

LAPORAN AMALI

Tarikh           : 23 November 2018

Amali           : Padi (Semaian tikar dan semaian basah)

Tempat         : Ladang 10B

Penujuk ajar : Abdull Ghaffar Othman/Roslin Ismail
                        Helmi Azro Md. Hassan
                        Kamarul Zaidi Abd Ghani
                        Nor Aishah Ismail
                        Mohd. Faiz Mohd. Shapie
                        Hafidah Yaakop
                        Saiyyidina Hamzah Muhammad
                        Khairul Aslim Abd. Rauf



Pengenalan :

Masa amali ini, para-para pelajar mempelajari cara untuk menyediakan semaian tikar dan semaian basah untuk tanaman padi. Penujuk ajar menerangkan sebab serta cara teknik kedua-dua semaian tersebut yang digunakan. Penujuk ajar juga membandingkan kelebihan dan kelemahan antara cara teknik penanaman padi dengan teliti. Selain itu, penujuk ajar memberitahu informasi-informasi mengenai penanaman padi seperti jenis padi, tempoh matang penanaman padi, scientific nama tanaman padi dan sebagainya.


Penerangan kepada aktiviti amali :

Untuk bahagian semaian tikar, baja organik JITU 10 gm ditabur rata di dulang semaian yang berukuran 58 cm x 30 cm. Seterusnya, mengukur 300 gm sekam padi bakar untuk menaburkan di atas dulang semaian dan mneyiramkan air. Selepas itu, biji benih padi 250 gm ditabur rata di atas sekam padi bakar yang ditabur sebelum ini. Kemudian, mengukur 50 gm sekam padi bakar lagi dan menabur di atas biji benih padi dan siram air. Dulang-dulang tersebut disusun secara bertingkat dan dibiarkan untuk 48 jam (siram air setiap 24 jam). Pada hari ke-3, hampar semaian dengan 70% cahaya. Anak benih akan dipindah ke sawah pada hari ke-5. Anak benih dijaga sehingga hari ke-17 untuk ditanam di petak sawah padi.

           Untuk bahagian semaian basah, pelajar-pelajar menyediakan batas di sawah. Tanah lumpur dinaikkan daripada paras air dengan cangkul dan permukaan batas diratakan. Seterusnya, biji benih pra-cambah ditabur rata di atas batas lumpur. Tujuan batas lumpur dinaikkan daripada paras air untuk mengelakkan daripada perosak seperti tikius.


Lampiran

pelajar meratakan permukaan tapak dengan tangan.

pelajar tabur rata biji benih padi di dulang.

pelajar menggunakan penimbang digital untuk ukur
300 gm sekam padi bakar.

pelajar menyiram sekam padi bakar yang telah
tabur di dulang.
pelajar menggunakan penimbang digital untuk ukur
250 gm padi biji benih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan