Rabu, 26 Disember 2018

Pembiakan (Buah-Buahan) (Minggu 4)


AKTIVITI PEMBIAKAN POKOK BUAH-BUAHAN


Tarikh: Minggu 4, 5 Oktober 2018


Tempat: Pusat Jualan@ Putra Mart




Pengenalan:


              Dalam amali pembiakan pokok buah-buahan ini, para pelajar mempelajari cara pembiakan pokok buah dengan betul dan efektif. Pembiakan tampang, iaitu antara cara pembiakan pokok buah-buahan ini, merupakan proses memisahkan bahagian tampang pokok dan dibesarkan sebagai satu pokok yang lain.


Jenis-jenis pembiakan aseks:

- Cantuman sisi mata tunas

- Cantuman baji

- Mengetut



Kaedah dan prosedur:

Cantuman mata tunas

Pokok yang terlibat: Durian D99

Hiris kulit pada batang pokok penanti berbentuk segi empat bujur. Pilih kayu mata tunas yang baik dan kerat secara menghiris. Pastikan mata tunas yang dihiris pada bahagian bawah ketiak mata tunas. Buang isi di dalam keratan batang itu.

Seterusnya, tampalkan cebisan mata tunas pada batang pokok penanti yang telah dihiris kulitnya itu tadi. Tampal dalam keadaan rapat dan bercantum dengan baik dengan bahagian yang dihiris. Kemudian, balut dengan plastik pembalut dengan rapat dan kemas.




Letakkan pokok di tempat yang teduh.


Cantuman Baji

Pokok yang terlibat: Mangga Cokanan

Pilih ranting atau dahan yang lembut dan tidak terlalu tua untuk dicantumkan dengan pokok asal. Potong atau trim bahagian hujung pokok asal dan bersihkan daun sekeliling. Potong secara belah pada bahagian tengah ranting, sedalam lebar pisau lipat.

Potong pangkal tunas pokok yang hendak dicantum secara menyerong tajam. Kemudian, sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke dalam belahan pokok penanti.




Bahagian cantuman itu tadi haruslah dibalut dengan rapat dan rapi menggunakan pita cantuman. Akhirnya, masukkan batang pokok itu ke dalam plastik ais krim.




Mengetut

Pokok yang terlibat: Jambu GU 9

Pilih pokok jambu yang mempunyai ranting yang sihat dan tidak terlalu besar terlebih dahulu. Kemudian, lakukan cantasan (pruning) dahan dan daun-daun pada pokok agar pokok kelihatan lebih kemas.

Media campuran yang digunakan iaitu Gippy 7 hendaklah direndam dalam air terlebih dahulu. Pada ranting pokok, lakukan kelaran keliling, iaitu di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3 cm atau 1 hingga 1 setengah inci jarak dari kelaran pertama. Kupas kulit di antara dua kelaran tadi dan kikis hingga ke kayu hingga ia kering.
 


                                                 


Kemudian, sapukan ubat pemnagkin akar di bahagian hujung atas dan bawah kelaran itu.




Ikat plastik di bahagian bawah kelaran.




Masukkan gippy 7 yang telah direndam itu ke bahagian ranting yang telah dihiris tadi. Tentukan padat untuk memasukkannya dan lekatkan dengan kemas dan rapat.




Kemudian, tutup dengan plastik yang diikat tadi dengan kemas dan rapi.





Kebaikan pembiakan tampang:

- Dapat menghasilkan pokok buah-buahan yang seragam dan mempunyai ciri-ciri sama dengan pokok induk.

- Dapat mengurangkan risiko pokok untuk terkena serangan penyakit yang biasa menyerang pokok atau benih.

- Kaedah pembiakan ini lebih murah dan praktikal berbanding cara pembiakan biji benih.


Disunting oleh: Azmir bin Mohamed (195397)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan