Selasa, 25 Disember 2018

Padi (Penyediaan Sawah) (Minggu 13)


PENGGUNAAN JENTERA PENANAMAN 2 RODA


Tarikh: Minggu 12, 7 Disember 2018


Tempat: Ladang 10 UPM.


Pengenalan:

                   Dalam amali pada minggu tersebut, para pelajar mempelajari kaedah dan latihan penggunaan jentera penanaman 2 roda dalam pembajaan padi sawah. Penggunaan jentera 2 roda dalam aktiviti penanaman padi ini dapat memudahkan pembajaan di samping menghasilkan tanaman padi yang berkualiti.


Penerangan:

Jentera 2 roda yang dilengkapi dengan alat pengolah tanah rotari dikenali sebagai rotary power tiller. Rotary power tiller ini melakukan pembajaan tanah dan penggaruan pada sekali lintasan, jadi para pesawah menjadi lebih mudah untuk mengolah tanah berbanding dengan kaedah tenaga ternak menarik bajak. Akan tetapi prestasi kegunaan pelbagainya agak rendah kerana saiznya yang besar dan berat.

             Rake Power Tiller’ adalah implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor empat roda.

            Dengan menggunakan ‘rake power tiller’ ini, saiz kelumatan tanah sawah yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang dari 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor empat roda



                             


                                                       
                                                             Gambar aktiviti amali



Cara menghidupkan jentera:

1. Dengan menggunakan kunci atau switch

2. Putarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan

3. Pastikan sistem gear free dan seterusnya mulakan angkol dalam kedudukan run atau start

4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol

5. Apabila jentera sudah beroperasi, biarkan ia bergerak terus dan tanpa perlu dikawal






















Kebaikan menggunakan jentera 2 roda dalam sawah padi:

1. Dapat menjimatkan masa bekerja di sawah.

2. Pengurusan sawah menjadi lebih berkesan dengan tanah sawah yang rata.

3. Mewujudkan tapakan pokok padi yang seragam dan rata.


Disunting oleh: Azmir bin Mohamed




Tiada ulasan:

Catat Ulasan