Rabu, 26 Disember 2018

Taklimat AGR 3001 (Minggu 1)

LAPORAN AMALI

Tarikh: 14/09/2018

Amali: Taklimat AGR 3001

Tempat: Dewan Kuliah, Unit Sayuran, Taman Pertanian Universiti

Penunjuk ajar: Semua Penunjuk ajar

Pengenalan



Pensyarah fakulti memberikan penerangan dan maklumat yang jelas mengenai kursus amalan ladang AGR 3001 (tanaman makanan). Menurut pensyarah, pelajar dikehendaki menjalankan amali yang telah dirancang berdasarkan jadual kursus amalan ladang AGR 3001 (tanaman makanan)  pada semester pertaman sesi 2018/2019 serta mengetahui ciri-ciri keselamatan sebelum menjalankan aktiviti amali tersebut untuk mengelakkan kemalangan di kawasan ladang. Tanaman yang akan ditanam pada minggu-minggu seterusnya seperti jagung, hidroponik dan buah-buahan. Sesi suai kenal bersama semua penunjuk ajar telah dilakukan untuk memudahkan aktiviti amali di ladang dilakukan dengan berkesan.

Penerangan aktiviti amali yang dijalankan

Para pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 11 orang setiap kumpulan. Kemudian, ketua dan penolong setiap kumpulan telah dipilih sebagai penunjuk semasa aktiviti tanaman dilakukan. Setiap ketua kumpulan ditugaskan untuk mengetahui kedudukan stor yang terdiri daripada alatan pertanian seperti cangkul untuk memudahkan pengurusan tanaman dilakukan.





NAMA
NO MATRIK
ARINA NADHIRAH BINTI MOHD KAMAL
195954
ARIF WAHYUDI BIN SUNDARIANTO
197064
NUR KHAIRIN ANIS BINTI MOHD KHALIMI
196118
SHAQENA FADLIKH BINTI ZAMRI
197247
LAI JONG TENG
197533
FAZLIN SUHANA BINTI MOHD ASRI
198724
MUHAMMAD FARHAN BIN AZMI
196155
FATIN NUR AFIQAH BINTI AZMI
199374
LEE XIN YING
196451
NUR EFFA IZZATI BINTI SAHADUN
196721
AZMIR BIN MOHAMED
195397


Pembiakan (Buah-Buahan) (Minggu 4)


AKTIVITI PEMBIAKAN POKOK BUAH-BUAHAN


Tarikh: Minggu 4, 5 Oktober 2018


Tempat: Pusat Jualan@ Putra Mart




Pengenalan:


              Dalam amali pembiakan pokok buah-buahan ini, para pelajar mempelajari cara pembiakan pokok buah dengan betul dan efektif. Pembiakan tampang, iaitu antara cara pembiakan pokok buah-buahan ini, merupakan proses memisahkan bahagian tampang pokok dan dibesarkan sebagai satu pokok yang lain.


Jenis-jenis pembiakan aseks:

- Cantuman sisi mata tunas

- Cantuman baji

- Mengetut



Kaedah dan prosedur:

Cantuman mata tunas

Pokok yang terlibat: Durian D99

Hiris kulit pada batang pokok penanti berbentuk segi empat bujur. Pilih kayu mata tunas yang baik dan kerat secara menghiris. Pastikan mata tunas yang dihiris pada bahagian bawah ketiak mata tunas. Buang isi di dalam keratan batang itu.

Seterusnya, tampalkan cebisan mata tunas pada batang pokok penanti yang telah dihiris kulitnya itu tadi. Tampal dalam keadaan rapat dan bercantum dengan baik dengan bahagian yang dihiris. Kemudian, balut dengan plastik pembalut dengan rapat dan kemas.




Letakkan pokok di tempat yang teduh.


Cantuman Baji

Pokok yang terlibat: Mangga Cokanan

Pilih ranting atau dahan yang lembut dan tidak terlalu tua untuk dicantumkan dengan pokok asal. Potong atau trim bahagian hujung pokok asal dan bersihkan daun sekeliling. Potong secara belah pada bahagian tengah ranting, sedalam lebar pisau lipat.

Potong pangkal tunas pokok yang hendak dicantum secara menyerong tajam. Kemudian, sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke dalam belahan pokok penanti.




Bahagian cantuman itu tadi haruslah dibalut dengan rapat dan rapi menggunakan pita cantuman. Akhirnya, masukkan batang pokok itu ke dalam plastik ais krim.




Mengetut

Pokok yang terlibat: Jambu GU 9

Pilih pokok jambu yang mempunyai ranting yang sihat dan tidak terlalu besar terlebih dahulu. Kemudian, lakukan cantasan (pruning) dahan dan daun-daun pada pokok agar pokok kelihatan lebih kemas.

Media campuran yang digunakan iaitu Gippy 7 hendaklah direndam dalam air terlebih dahulu. Pada ranting pokok, lakukan kelaran keliling, iaitu di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3 cm atau 1 hingga 1 setengah inci jarak dari kelaran pertama. Kupas kulit di antara dua kelaran tadi dan kikis hingga ke kayu hingga ia kering.
 


                                                 


Kemudian, sapukan ubat pemnagkin akar di bahagian hujung atas dan bawah kelaran itu.




Ikat plastik di bahagian bawah kelaran.




Masukkan gippy 7 yang telah direndam itu ke bahagian ranting yang telah dihiris tadi. Tentukan padat untuk memasukkannya dan lekatkan dengan kemas dan rapat.




Kemudian, tutup dengan plastik yang diikat tadi dengan kemas dan rapi.





Kebaikan pembiakan tampang:

- Dapat menghasilkan pokok buah-buahan yang seragam dan mempunyai ciri-ciri sama dengan pokok induk.

- Dapat mengurangkan risiko pokok untuk terkena serangan penyakit yang biasa menyerang pokok atau benih.

- Kaedah pembiakan ini lebih murah dan praktikal berbanding cara pembiakan biji benih.


Disunting oleh: Azmir bin Mohamed (195397)












Selasa, 25 Disember 2018

Padi (Penyediaan Sawah) (Minggu 13)


PENGGUNAAN JENTERA PENANAMAN 2 RODA


Tarikh: Minggu 12, 7 Disember 2018


Tempat: Ladang 10 UPM.


Pengenalan:

                   Dalam amali pada minggu tersebut, para pelajar mempelajari kaedah dan latihan penggunaan jentera penanaman 2 roda dalam pembajaan padi sawah. Penggunaan jentera 2 roda dalam aktiviti penanaman padi ini dapat memudahkan pembajaan di samping menghasilkan tanaman padi yang berkualiti.


Penerangan:

Jentera 2 roda yang dilengkapi dengan alat pengolah tanah rotari dikenali sebagai rotary power tiller. Rotary power tiller ini melakukan pembajaan tanah dan penggaruan pada sekali lintasan, jadi para pesawah menjadi lebih mudah untuk mengolah tanah berbanding dengan kaedah tenaga ternak menarik bajak. Akan tetapi prestasi kegunaan pelbagainya agak rendah kerana saiznya yang besar dan berat.

             Rake Power Tiller’ adalah implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor empat roda.

            Dengan menggunakan ‘rake power tiller’ ini, saiz kelumatan tanah sawah yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang dari 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor empat roda



                             


                                                       
                                                             Gambar aktiviti amali



Cara menghidupkan jentera:

1. Dengan menggunakan kunci atau switch

2. Putarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan

3. Pastikan sistem gear free dan seterusnya mulakan angkol dalam kedudukan run atau start

4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol

5. Apabila jentera sudah beroperasi, biarkan ia bergerak terus dan tanpa perlu dikawal






















Kebaikan menggunakan jentera 2 roda dalam sawah padi:

1. Dapat menjimatkan masa bekerja di sawah.

2. Pengurusan sawah menjadi lebih berkesan dengan tanah sawah yang rata.

3. Mewujudkan tapakan pokok padi yang seragam dan rata.


Disunting oleh: Azmir bin Mohamed




Isnin, 24 Disember 2018

Padi (Mengubah dan tanam dengan jentera) (Minggu 14)



Laporan Amali (Minggu 14)


Tarikh Amali       : Minggu 14 (14 Disember 2018)

Amali                   : Padi (Mengubah dan tanam dengan jentera)

Tempat                : Ladang 10B

Penunjuk Ajar    : Abdul Ghaffar Othman/ Roslin Ismail 
                               Kamarul Zaidi Abd Ghani
                               Firdaus Kardi
                               Khairul Izwan Ramili
                               Noor Khamarul Rieza Mohd. Lokman
                               Nor Baizura Md Yusof
                               Ruziyana Arsad
                               Siti Nadirah Dasar
                               Nur Syafiza Musa





  • Pengenalan :

     Terdapat tiga kaedah penanaman padi di sawah. Antaranya adalah kaedah tabur terus, mengubah dan menggunakan jentera. Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

    Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara mengubah dengan cara tabur terus dari segi kebaikan dan keburukannya.



Jadual 1




  • Penerangan aktiviti amali yang dijalankan :


Pelajar telah mempelejari tiga jenis kaedah penanaman padi di sawah iaitu :


1. Cara tabur terus


     Di antara faktor-faktor yang menentukan kejayaan cara ini ialah tanah yang rata dan sistem pengawalan air yang baik. Setelah penyediaan sawah dijalankan dengan rapi, biji benih pra-cambah dtabur secara berselerak samada dengan tangan atau dengan mesin dan juga boleh menggunakan jentera (seeder). Kemudian, benih-benih tersebut akan ditanam dalam barisan pada tanah sawah yang masih kering. Air akan dinaikkan berperingkat mengikut ketinggian anak benih padi.

2. Cara mengubah

    Cara mengubah boleh dijalankan dengan dua cara iaitu dengan tangan (mencedung) dan juga dengan jentera penanaman padi (transplanter). Walaubagaimanapun, kedua-dua cara tersebut perlukan biji benih disemai terlebih dahulu.

     Tahap kesesuaian umur anak benih padi untuk mengubah adalah sekitar 21-30 hari atau 5-6 helai daun. Anak benih tersebut dicabut dan dibersihkan tanah-tanah pada akarnya kemudian dipotong sedikit hujung daunnya dengan tujuan supaya:


  • supaya tidak mudah tumbang
  • mungurangkan kadar transpirasi
  • supaya nampak seragam
  • mudah untuk dibawa



Pelajar melakukan cara mengubah secara manual


 Kuku kambing:
merupakan alat yang digunakan ketika mengubah secara manual


3. Penggunaan jentera

       Pelajar turut mempelajari cara-cara mengendalikan jentera penanaman padi (transplanter) dengan baik dan cekap. Menanam menggunakan jentera penanaman padi perlu menyediakan semaian tikar terlebih dahulu. Cara meletakkan semaian tikar pada jentera adalah seperti gambar di bawah.




                      Semaian tikar                     Semaian tikar


Gambar kuku kambing yang terdapat pada jentera


Kuku kambing tersebut berfungsi mencengkam padi ketika proses penanaman berlaku. 
Sebanyak 2 atau 3 pokok padi dicengkam pada satu ketika mengikut skala yang telah dilaraskan.


Pelajar sedang meletakkan semaian tikar di atas jentera








Pelajar sedang belajar menggunakan jentera penanaman padi

    


Jarak Tanaman :


    Jadual 2 di bawah menunjukkan jarak tanaman padi yang telah dipelari dan digunakan ketika aktiviti penanaman padi sawah dilakukan.



Jadual 2


Hasil tanaman dengan jarak 30.5sm x 30.5 sm



  • Kesimpulan 
        Terdapat tiga kaedah penanaman padi yang telah pelajar pelajari dan ketahui iaitu kaedah tabur terus, mengubah secara manual dan mengubah menggunakan jentera. Meskipun begitu, mengubah menggunakan jentera dapat menjimatkan masa dan tenaga serta lebih mudah dikendalikan.  





Sabtu, 22 Disember 2018

Padi (Semaian tikar dan basah) (Minggu 11)

LAPORAN AMALI

Tarikh           : 23 November 2018

Amali           : Padi (Semaian tikar dan semaian basah)

Tempat         : Ladang 10B

Penujuk ajar : Abdull Ghaffar Othman/Roslin Ismail
                        Helmi Azro Md. Hassan
                        Kamarul Zaidi Abd Ghani
                        Nor Aishah Ismail
                        Mohd. Faiz Mohd. Shapie
                        Hafidah Yaakop
                        Saiyyidina Hamzah Muhammad
                        Khairul Aslim Abd. Rauf



Pengenalan :

Masa amali ini, para-para pelajar mempelajari cara untuk menyediakan semaian tikar dan semaian basah untuk tanaman padi. Penujuk ajar menerangkan sebab serta cara teknik kedua-dua semaian tersebut yang digunakan. Penujuk ajar juga membandingkan kelebihan dan kelemahan antara cara teknik penanaman padi dengan teliti. Selain itu, penujuk ajar memberitahu informasi-informasi mengenai penanaman padi seperti jenis padi, tempoh matang penanaman padi, scientific nama tanaman padi dan sebagainya.


Penerangan kepada aktiviti amali :

Untuk bahagian semaian tikar, baja organik JITU 10 gm ditabur rata di dulang semaian yang berukuran 58 cm x 30 cm. Seterusnya, mengukur 300 gm sekam padi bakar untuk menaburkan di atas dulang semaian dan mneyiramkan air. Selepas itu, biji benih padi 250 gm ditabur rata di atas sekam padi bakar yang ditabur sebelum ini. Kemudian, mengukur 50 gm sekam padi bakar lagi dan menabur di atas biji benih padi dan siram air. Dulang-dulang tersebut disusun secara bertingkat dan dibiarkan untuk 48 jam (siram air setiap 24 jam). Pada hari ke-3, hampar semaian dengan 70% cahaya. Anak benih akan dipindah ke sawah pada hari ke-5. Anak benih dijaga sehingga hari ke-17 untuk ditanam di petak sawah padi.

           Untuk bahagian semaian basah, pelajar-pelajar menyediakan batas di sawah. Tanah lumpur dinaikkan daripada paras air dengan cangkul dan permukaan batas diratakan. Seterusnya, biji benih pra-cambah ditabur rata di atas batas lumpur. Tujuan batas lumpur dinaikkan daripada paras air untuk mengelakkan daripada perosak seperti tikius.


Lampiran

pelajar meratakan permukaan tapak dengan tangan.

pelajar tabur rata biji benih padi di dulang.

pelajar menggunakan penimbang digital untuk ukur
300 gm sekam padi bakar.

pelajar menyiram sekam padi bakar yang telah
tabur di dulang.
pelajar menggunakan penimbang digital untuk ukur
250 gm padi biji benih.

Cendawan (Minggu 9)





Tarikh amali: Minggu 9 (9/11/18)


Amali: Cendawan


Tempat: Rumah Cendawan, Kompleks Agroteknologi


Penunjuk ajar: 1. Abdul Ghaffar Othman/Roslin Ismail


                           2.Maininah Tahir


                           3.Kamarul Zaidi Abd Ghani


                           4.Robi Saad


                           5.Zaliza Mahat


                           6.Nor Aishah Ismail


                           7.Hafidah Yaakop





Pengenalan: Amali penanaman cendawan ini dapat mengetahui kepentingan cendawan kepada manusia iaitu dalam meningkatkan nutrien yang diperlukan oleh badan, meningkatkan pendapatan dalam perniagaan cendawan dan juga memberi manfaat dalam bidang perubatan. Hal ini kerana cendawan dapat meningkatkan imunisasi bagi wanita untuk lebih awet muda dan bagi lelaki untuk merembeskan hormon kesuburan lelaki dan kandungan cendawan yang mengandungi vitamin D  dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Kajian telah menunjukkan bahawa cendawan dapat mematikan sel kanser seperti kanser prostat,payu dara dan kolon. Jenis cendawan yang digunakan adalah cendawan tiram kelabu. Melalui amali ini, Kita dapat mempelajari langkah-langkah penanaman cendawan tiram kelabu.                                                                                                                                                                                                                       Penerangan aktiviti yang dijalankan :


-Taklimat penanaman cendawan tiram kelabu
-Penerangan langkah-langkah membuat membuat media dalam penanaman cendawan
-Penerangan dalam pengukusan bongkah cendawan yang bertujuan membunuh semua organisma dalam campuran media.
-Penerangan tentang penyuntikan benih cendawan yang dilakukan di dalam bilik suntikan untuk memastikan kurang berlakunya kontaminasi. Benih-benih diambil dari botol steril yang telah dipastikan kualiti benih. Benih dimasukkan ke dalam bongkah yang telah dikukus dan disimpan di dalam rumah cendawan.



Carta alir gerak kerja amali:


Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.


                                                                            ↓


-Campurkan air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal dengan 75% kelembapan.
                                                                            ↓



-Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam plastik dan dipadatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.
                                                                            ↓


-Pasangkan leher dan tutup ( penutup disumbat dengan sedikit kapas)
                                                                            ↓







-Masukkan air dalam tong drum sehingga paras lapik. Susun beg media secara menegak sehingga penuh tong drum. Tutup mulut tong drum dengan lapisan guni gula dan besen aluminium di atasnya. Kukus selama 7 jam. Padamkan api dan dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan.

                                                                       ↓
-Bongkah yang telah dikukus dimasukkan benih dan disimpan di dalam rumah cendawan.



Gambar aktiviti amali yang sedang dijalankan:
Benih cendawan



Bahan yang diperlukan
                                               
Menyediakan habuk kayu getah
  


          

                           
Maasukkan habuk kayu,dedak dan kapur
                                                
                                             
Habuk kayu,dedak dan kapur digaul rata
  


                                                          

                                                                   
Masukkan air
     



           



Bahan bahan dikepal
                                             



                                                                                    
Masukakn kedalam pembungkus

                        

                                                                        
Pemasangan penutup

       

                                                     
Beg media disusun menegak

Dikukus sehingga 100 darjah celcius


Kesimpulan                           
                       
Penanaman cendawan ini dapat mengetahui langkah-langkah membuat media, pengukusan dan penyuntikan benih cendawan.Penjagaan kebersihan dalam penanaman cendawan ini amat penting untuk menghasilkan kualiti cendawan yang terbaik.