Ahad, 30 September 2018

Bijirin dan Kekacang (Minggu 2)


Laporan Amali

Tarikh Amali          :        Minggu 2 (21 September 2018)
Amali                     :         Bijirin dan Kekacang
Tempat                   :         Kebun Sayur
Penunjuk Ajar        :         Abdull Ghaffar Othman/Roslin Ismail
                                         Helmi Azro Md. Hassan
                                         Kamarul Zaidi Abd Ghani
                                         Nor Aishah Ismail
                                         Mohd. Faiz Mohd. Shapie
                                         Hafidah Yaakop
                                         Saiyyidina Hamzah Muhammad
                                         Khairul Aslim Abd. Rauf

Pengenalan:

Kacang Soya
Nama Saintifik: Glycine max L

Pokok kacang soya setinggi lebih kurang 60 cm dan mempunyai bunga yang berbentuk rama-rama serta berwarna unggu. Kacang soya akan bercambah dalam masa 2 hingga 3 hari selepas ditanam. Cara penanaman kacang soya adalah ditanam di atas batas dengan jarak 15 cm antara biji benih.


Kacang Hijau

Nama Saintifik: Vigna radiata Nilzeck
Keluarga: LEGUMINOSAE



Kacang hijau setinggi 64 cm hingga 70 cm. Kacang hijau akan bercambah dalam masa 3 hari selepas ditanam. Lengai kacang akan bertukar ke warna hitam apabila sudah matang. Kacang hijau ditanam di atas batas secara menabur. 


Kacang Tanah

Nama Saintifik: Arachis hypogaea
Keluarga: LEGUMINOSAE
Kacang tanah akan berbunga dalam masa 25 hari dan kacang akan bertumbuh dalam masa 100 hari. Kacang tanah bertumbuh pada bahagian pag,  bukan pada bahagian akar pokok. Jarak penanaman yang sesuai adalah 50cm x 10cm. Kacang tanah biasanya ditanam di kawasan besar dengan menggunakan jentera.

Kekacang banyak ditanam dalam sektor pertanian kerana hasil dalam masa yang singkat dan merupakan penyubur tanah yang bagus. Kekacang juga merupakan sumber protein yang penting dalam kehidupan kita.


Aktiviti amali yang dijalankan:
1.    Penerangan tentang bijirin dan kekacang.
2.    Pengenlan tentang kaedah penanaman.
3.    Pengagihan biji benih kepada setiap kumpulan. 
4.    Penanaman kacang soya dan kacang hijau dijalankan.










Gambar aktiviti dijalankan:






Menanam biji benih kacang soya


Menanam biji benih kacang hijau






Tiada ulasan:

Catat Ulasan