Ahad, 30 September 2018

Hidroponik (Penanaman) (Minggu 3)

LAPORAN AMALI

Tarikh           : 28 September 2018

Amali           : Hidroponik (penanaman)

Tempat         : Kompleks Agroteknologi

Penujuk ajar :  Abdull Ghaffar Othman/Roslin Ismail
                        Helmi Azro Md. Hassan
                        Kamarul Zaidi Abd Ghani
                        Nor Aishah Ismail
                        Mohd. Faiz Mohd. Shapie
                        Hafidah Yaakop
                        Saiyyidina Hamzah Muhammad
                        Khairul Aslim Abd. Rauf



Pengenalan:

Penujuk ajar menerangkan dan menunjukkan teknik-teknik hidroponik kepada semua pelajar supaya pelajar memaham apa yang perlu buat semasa amali. Hidroponik adalah sebuah cara menanam tumbuhan dengan media air tanpa menggunakan tanah. Para pelajar menanam sayuran salad dan sawi hijau semasa amali ini.



Penerangan aktiviti-aktivit yang dijalankan semasa amali:

Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan bermula menjalankan amali ini. Selepas ini, Pelajar-pelajar mengikut arahan yang sudah diberikan oleh penujuk ajar untuk menyediakan peralatan seperti berikut bekas taking, penutup, cawan penyukat, EC meter dan pasu plastic kecil yang diperlukan semasa amali ini. Bekas taking diisikan air sampai ke paras garisan bekas kemudian mancampurkan 50 ml baja solution A dan 50 ml baja solution B yang diukur oleh cawan penyukat ke dalam bekas tersebut. Campuran tersebut dikacaukan supaya baja dibahagikan dengan seimbang dalam bekas taking ini. Campuran dalam bekas taking itu diukur oleh EC meter dan bacaan 1.6 perlu didapat sebelum menanam anak benih ke dalam bekas ini, bacaan itu boleh berbeza daripada 0.1. Bekas taking ditutup oleh penutup dan mengisi anak benih ke dalam pasu plastic kecil, pasu plastic kecil diletakkan di lubang penutup itu. Akhirnya, pelajar perlu memastikan akar-akar anak benih menyentuh air dalam bekas taking.


Kelebihan dan kelemahan hidroponik:

a) Kelebihan



  • Meningkatkan hasil produksi tanaman dengan cepat.
  • Risiko terserang penyakit yang kecil.
  • Tidak menggunakan media tanah.
  • Pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat.

b) Kelemahan


  • Membutuhkan modal yang besar
  • Investasi yang mahal
  • pembuatan media tanam sistem hidroponik amat sulit








Lampiran
Mengisikan air samapai paras
garis bekas

Mendapatkan bacaan 1.6 dengan EC meter



Mencampurkan 50 ml baja A dan B ke dalam bekas tangki dan
mengacaukan campuran ini

Menanam anak benih ke pasu plastic
kecil dan meletakkan ke lubang
penutup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan