Isnin, 26 November 2018

Sayuran (Penuaian dan lepas tuai) (Minggu 10)



Laporan Amali
Tarikh Amali: Minggu 10 (16 NOVEMBER 2018)
Amali: Sayuran (Penuaian dan lepas tuai)
Tempat: Kebun Sayur
Penunjuk Ajar: Abdull Ghaffar Othman/Roslin Ismail
                          Helmi Azro Md. Hassan
                          Cik Junizawati Mohd. Zin
                          Kamarul Zaidi Abd Ghani
                          Abd. Hamid Asmawi
                          Nor Alauyah Musa
                          Hafidah Yaakop
                          Saiyyidina Hamzah Muhammad
                          Khairul Aslim Abd. Rauf


Aktiviti amali yang dijalankan:
1.    Penerangan tentang tahap kematangan sayur.
2.    Penerangan tentang proses penuaian dan lepas tuai.
3.    Penuaian sayuran dijalankan dan hasil ditimbang sebelum proses lepas tuai dijalankan.
4.    Selepas itu, semua hasil dikumpul mengikut jenis untuk proses pembersihan, penimbangan dan pembungkusan.

Gambar Aktiviti dijalankan:

Penunjuk ajar sedang menerangkan tentang proses penuaian dan proses lepas tuai.

Proses Pascatuai Sayuran

Penunjuk ajar menunjukkan cara penuaian.

Penunjuk ajar menerangkan cara penuaian.

Perosak sayur yang didapati semasa proses penuaian.

Pelajar sedang memilih hasil yang baik.

Sesetengah pelajar sedang membersihkan sayur- sayuran.

Proses penimbangan dijalankan selepas hasil telah dibersihkan dengan air.

Proses pembungkusan sayur-sayuran.

Bilik sejuk dengan suhu 10-15℃.



Ahad, 4 November 2018

Hidroponik (Penuaian dan lepas tuai) (Minggu 7)


Laporan Amali

Tarikh Amali            : 26/10/2018 (Minggu 7)
Amali                       : Penuaian dan lepas tuai (HIDROPONIK)
Tempat                     : Kompleks Agroteknologi
Penunjuk Ajar          : Abdul Ghaffar Othman
                                   Maininah Tahir
                                   Kamarul Zaidi Abd Ghani
                                   Robi Saad
                                   Zaliza Mahat
                                   Nor Aishah Ismail
                                   Hafidah Yaakop

Pengenalan

   Pada hari jumaat 26/10/2018 penuaian bagi hasil tanaman hidroponik telah dijalankan di Kompleks Agroteknologi , UPM. Penuaian ini adalah hasil daripada penanaman yang telah kami jalankan pada hari jumaat 28/9/2018 dan tempoh pembesaran tanaman hidroponik ini adalah selama 4 minggu. Hasil penuaian tanaman hidroponik akan dijual sempena Pesta Konvokesyen UPM kali ke - 42 yang akan berlangsung selama 7 hari pada tarikh 25/10/2018 - 31/10/2018.


Hasil tanaman hidroponik selama 4 minggu

Proses Penuaian Hasil Tanaman Hidroponik

1) Memotong pangkal pokok menggunakan peralatan yang tajam seperti pisau dan gunting
Contoh alat yang digunakan
Memotong pangkal pokok

2)Menimbang hasil tanaman individu bagi mengetahui jumlah hasil tanaman yang diperoleh
Menimbang hasil tanaman
Hasil berat kutipan individu bagi kumpulan 1



3) Mengumpul hasil tanaman satu kumpulan bagi tujuan pembungkusan
Sayuran dikumpul didalam satu bekas
4) Menimbang sayuran mengikut berat yang telah ditetapkan iaitu salad (181gram) sawi (230gram)

Timbang mengikut berat yang ditetapkan



Masukkan sayur ke dalam plastik 
5)Melakukan proses "sealing" untuk mengelakkan sayur cepat rosak dan mudah untuk penjualan
Melakukan proses "Sealing "
Sayur dikumpulkan dan sedia untuk dijual
Kesimpulan

   Proses penuaian ini mengajar para pelajar cara menuai tanaman hidroponik mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, para pelajar juga di ajar melakukan penggredan sayur supaya dapat menentukan kualiti sayur yang terbaik. Akhir sekali, para pelajar melakukan proses pembungkusan hasil sayuran yang diperolehi dengan menggunakn teknik yang betul dan sedia untuk dijual sempena Pesta Konvokesyen UPM Kali ke-42