Selasa, 30 Oktober 2018

Sayuran (Penanaman) (Minggu 6)


Tarikh: 19/10/2018

Amali: Sayuran (Penanaman)


Tempat : Bilik Kuliah Unit Sayuran



Penunjukajar : Dr. Martini Mohammad Yusof

                        Abdull Ghaffar Othman
                        Helmi Azro Md Hassan
                        Cik Junizawati Mohd Zin 
                        Kamarul Zaidi Abd Ghani
                        Abd Hamid Asmawi
                        Saiyyidina Hamzah Muhammad
                        Aslinah Adnan
                        Khairul Aslim Abd Rauf
                        Nor Alauyah Musa

PENGENALAN :

Pada minggu ke-6 ini, kami ditugaskan untuk menanam sayuran. Jadi, tenaga pengajar telah memberi taklimat berkaitan dengan sayuran. Info yang kami dapat daripada taklimat tersebut adalah sayuran terdiri daripada pelbagai jenis sayur antaranya ulam-ulaman seperti pujuk gajus dan pujuk paku. Selain itu, sayuran umbisi iaitu lobak merah dan halia. Sayuran juga terdiri daripada tumbuhan yang berdaun seperti salad, sawi dan bayam. Akhir sekali, sayuran yang berbuah contohnya tomato, cili, bendi dan juga terung. Jenis tanaman sayuran ini terbahagi kepada dua iaitu keratan batang dan biji benih. Komponen penting dalam tanaman sayur ialah biji benih, tanah, cahaya matahari, dan baja. Jika kompenan-kompenan ini saling melengkapi maka hasil tuaian adalah negetif. Antara sayur yang akan ditanam ialah sayur kangkung, bayam merah, bayam hijau dan bayam verigated. Bayam verigated merupakan bayam kacukan antara bayam merah dan bayam hijau. Bayam ini memiliki batang berwarna hijau dan daun berwarna merah. Setiap pelajar diberi satu batas untuk satu jenis sayur .




PENERANGAN AKTIVITI AMALI YANG DIJALANKAN :
Setiap kumpulan ditugaskan unuk menanam sayur kangkung, bayam merah, bayam hijau dan bayam variegated kaedah penanaman semaian biji benih.
                    

         Pihak unit sayuran menyediakan :
               1. Kawasan tanaman
               2. Biji benih sayur kangkung, bayam merah, bayam hijau dan bayam variegated . 
               3. Baja asas (300g) dan baja tahik ayam proses (3 kilo)
               4. Jerami



Biji benih bayam hijau.
Biji benih bayam merah.


TATACARA PENANAMAN SAYUR:


1) Penyedian batas
Batas penanaman telah disediakan oleh pegawai-pegawai TPU. Setiap batas berukuran lebar x tinggi x panjang iaitu 1 meter x 0.3-0.5 meter x 4.5 meter. Semakin tinggi batas adalah semakin baik kerana  mengelakkan akar keluar dari batas dan air bertangkung. Batas yang disediakan adalah tanah gambut yang bagus untuk akar dan penyerapan air serta nutrien kerana komposisi tanah yang tidak mampat. Pembersihan batas dilakukan oleh pelajar kerana masih ada sisa rumpai dan juga tanaman sebelumnya masih berada dalam tanah. Sisa-sisa ini perlu dibersihkan untuk mengelak ia tumbuh semula dan bersaing dengan sayur yang akan ditanam. Pembersihan batas dilakukan secara manual iaitu dengan tangan dan juga cangkul.
Keadaan batas sebelum dibersihkan.
Pelajar membersihkan batas secara manual.
Penunjuk ajar menunjukkan saiz batas yang dikehendaki.

2) Penggemburan.
Setelah selesai proses pembersihan batas, proses pengemburan pula dilakukan. Proses pengemburan dilakuan untuk mengelakkan rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air untuk pertumbuhan akar dan pokok. Penggemburan tanah dilakukan menggunakan cangkul dan juga pencangkar. Tanah yang digembur kemudiannya diratakan supaya sama tinggi dan mudah untuk menanam. Jika ketinggian tanah tidak rata, air boleh bertangkung lalu menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Para pelajar juga membuat salliran di sekeliling batas untuk saluran air. Setelah selesai proses tersebut, pelajar meletakkan baja tahik ayam yang diproses dan baja NPK hijau. Baja NPK hijau ditimbang 300g terlebih dahulu sebelum menanam sayur. Baja tersebut ditabur dan digaul sebati.


Cangkul dan pencangkar yang digunakan untuk menggembur tanah.
Pelajar mula menggembur tanah 
Baja tahik ayam yang sudah diproses dan NPK hijau.
Pelajar menabur baja.
Keadaan batas selepas ditabur baja.

3) Cara penyemaian


i) Cara menyemai anak pokok  bayam merah, bayam hijau dan bayam variegated 


Pelajar dikehendaki menggaul biji benih bayam dengan pasir pantai. Tujuan menggaul biji benih bayam dengan pasir pantai supaya biji benih tersebut dibahagikan sama rata apabila disemai. Pasir pantai tersebut diambil sebanyak 5 genggaman bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebanyak 11 genggaman.


5 bahagian biji benih bayam
Pelajar dikehendaki membuat 5 bahagian biji benih bayam dan pasir pantai yang sudah digaul seperti gambar diatas.

Selepas itu, pelajar membuat lima alur diatas batas seperti dalam gambar dibawah dengan menggunakan alatan yang diberikan oleh pihak TPU.

Pelajar sedang membuat alur untuk menyemai biji benih bayam sambil dibantu oleh pegawai TPU.


Akhir sekali, pelajar menabur biji benih bayam dan pasir pantai yang sudah digaul dalam setiap alur. Setelah siap, pelajar hendaklah menutup sedikit alur tersebut agar biji benih bayam tidak ditiup angin dan penyiram tanaman tersebut.

Pelajar sedang menabur biji benih byam dalam setiap alur.
ii) Cara menyemai kangkung

Pelajar perlu membuat lubang diatas batas dengan menggunakan alatan yang diberikan pihak TPU dan memasukkan biji benih kangkung sebanyak 2-3 biji dalam setiap lubang. Selepas itu, pelajar perlu menutup sedikit lubang tersebut untuk mengelakkan biji benih kangkung ditiup angin. Akhir sekali, pelajar perlu menyiram tanaman tersebut.

Pelajar sedang memasukkan biji benih kangkung di dalam setiap lubang.
4) Pemasangan jerami.
Pemasangan jerami adalah bertujuan untuk mengelakkan rumpai tumbuh dengan banyak di atas batas. Jerami juga dapat memelihara kelembapan tanah dan memberi nutrien kepada tanah. Hal ini dapat meyuburkan lagi tanah dan membuatkan tanaman juga menjadi subur.

Pelajar sedang mengambil jerami untuk dipasang diatas batas masing-masing.

🔻

Pelajar memasang jerami diatas batas.

🔻


Pelajar menyiram sedikit batas yang siap dipasang jerami untuk memastikan jerami dalam keadan kemas dan sukar ditiup angin.
PROSES PENYELENGGARAAN :

1) Merumpai

Aktiviti merumpai dilakukan sekurangnya seminggu sekali. Sewaktu merumpai pastikan sisa jerami dibuang serta rumpai dicabut sekali dengan akar dan bukan hanya daun sahaja kerana jika tidak rumpai tersebut akan tumbuh kembali.


2) Pembajaan 

Sayur-sayuran memerlukan nutrien untuk tumbesaran. Nutrien tanah yang berkurangan boleh ditambah dengan membaja. Secara amnya, terdapat tiga jenis nutrien utama iaitu nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) diberikan kepada tumbuhan. Baja yang digunakan adala baja gopi 888 sebanyak 300g. Pembajaan ini dilakukan selepas seminggu penyemaian anak benih. 

                                                                  Cara pembajaan :



            .> Buat alur di antara baris pokok. Pastikan tidak dekat dengan akar apabila baja dimasukkan kerana boleh menyebabkan pokok layu dan mati.

> Masukkan baja dan timbus kembali dengan tanah

> Siram tanaman untuk memastikan baja tersebut cepat larut dan memberi sumber air kepada tanaman.



Kesimpulan:
Tanaman sayur perlu dijaga dengan rapi supaya ia membesar dengan baik. Aktiviti merumpai, membaja dan menyiram perlu dilakukan tepat pada waktunya. Sebelum membaja, aktiviti merumpai perlu dilakukan terlebih dahulu kerana jika tidak baja tersebut akan digunakan oleh rumpai. Sayur perlu disiram pada waktu pagi dan petang. Jika disiram pada waktu tengah hari air akan disejat oleh matahari sebelum diserap oleh tanaman.